- Lain-lain
Martabatkan Peranan PBB sebagai Penyelaras Utama dalam Anti Keganasan
Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Geng Shuang berkata, perlu memartabatkan peranan PBB sebagai penyelaras utama dalam kerjasama anti keganasan melalui pelaksanaan resolusi berkaitan anti keganasan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan Perhimpunan PBB serta Strategi Anti Keganasan Sejagat PBB, dan pembanterasan terhadap semua pertubuhan keganasan dan pengganas yang tersenarai oleh UNSC.
Dalam satu mesyuarat anjuran Jawatankuasa keenam Perhimpunan Agung PBB mengenai topik “l(fā)angkah bagi menghapuskan keganasan antarabangsa” yang diadakan pada Khamis, Geng Shuang turut mengemukakan beberapa cadangan seperti berikut:
Mempertahankan kerjasama pelbagai hala dan mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, mengambil langkah-langkah berkenaan secara bersepadu, meningkatkan komunikasi dan penyelarasan, berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pengalaman, membantu negara membangun meningkatkan kemampuan anti keganasan di samping mengatasi halangan yang wujud dalam perkembangan teknologi baharu.
Menurut Geng, Gerakan Islam Turkistan Timur (ETIM) yang tersenarai sebagai pertubuhan keganasan antarabangsa oleh UNSC, pernah melancarkan banyak serangan keganasan yang dahsyat di wilayah China, sedangkan Briged Majid yang aktif pada beberapa tahun kebelakangan ini merupakan ancaman yang besar bagi keselamatan China dan Pakistan. Memerangi kegiatan ETIM dan Briged Majid sejajar dengan kepentingan milik bersama masyarakat antarabangsa.
- Xi Balas Surat Briged Elit Antikeganasan
- China Kecam Serangan Bom di Pakistan
- China Keluarkan Kertas Putih Mengenai Sistem Perundangan dan Langkah Antikeganasan
- Helikopter PBB Diserang Al-Shabaab di Somalia
- Turkiye Tahan 20 Suspek Pengganas
- Konvoi China di Pakistan Alami Serangan Keganasan
- Xi Zahir Simpati Insiden Pengeboman di Pakistan
- Xi Sampaikan Takziah Insiden Serangan Ganas di Uganda