- Lain-lain
Pujian Patut Diberikan kepada China yang Pergiatkan Penyelidikan Matematik, Perkomputeran dan Sains Asas - Profesor Harvard
"Pujian patut diberikan kepada China yang giat memajukan penyelidikan matematik, perkomputeran dan sains asas. Saya yakin China pasti akan mencapai hasil yang cemerlang, dan sentiasa teruja melihat tradisi orang China yang suka belajar dan kegemaran besar yang ditunjukkan mereka dalam bidang matematik."
Demikian dinyatakan oleh pemenang Anugerah Turing Tahun 2010, Leslie Gabriel Valiant ketika bertemu bual dengan wartawan CMG baru-baru ini.
"Orang China sentiasa menunjukkan minat yang besar terhadap penyelidikan keilmuan, dan tradisi ini boleh disifatkan sebagai satu kelebihan yang amat baik," ujar beliau.
Dalam Persidangan Antarabangsa Sains Asas 2024 yang diadakan di Beijing pada 14 hing 26 Julai lalu, seramai lebih 800 sarjana dari dalam dan luar negara bersama-sama membincangkan kemajuan terkini dalam bidang sains asas dan arah aliran pada masa depan.
Dalam majlis perasmian, Valiant, profesor Universiti Harvard yang juga ahli sains perkomputeran yang terkenal di arena antarabangsa dinobatkan sebagai pemenang Angerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Kecerdasan buatan (AI) telah menjadi teknologi strategik yang menerajui revolusi teknologi pusingan baharu dan pembaharuan industri, dan turut menjadi semakin relevan dengan kehidupan harian masyarakat manusia dalam tempoh beberapa tahun lalu.
"Saya menganggap kemajuan yang paling besar adalah model raya bahasa yang boleh menghasilkan pertuturan bahasa yang sangat fasih, tak kira Inggeris atau Mandarin. Ini sememangnya amat mengagumkan. Ramai antara kita salah faham bahawa hanya manusia barulah mampu menuturkan ayat yang begitu lancar, tetapi ini bukan fakta yang sebenar," katanya.
Ketika ditanya sama ada komputer akan berkembang menjadi lebih pintar daripada manusia, profesor Valiant berkata, "menyentuh suatu tugas yang terpilih misalnya bermain catur, memanglah boleh menghasilkan mesin yang lebih pandai daripada manusia. Selain itu, juga ada banyak hal yang dijalankan oleh mesin menunjukkan kesan yang lebih bagus. Namun, ini tidak membawa kesimpulan langsung iaitu mesin lebih pintar daripada kita. Saya menganggap masalah utama pada masa depan adalah siapa barulah penentu nasib dunia, dan berpendapat bahawa manusia sepatutnya mengekalkan kawalan terhadap dunia. Tidak payah terlalu bimbang akan mesin yang menunjukkan kemahuan mengawal dunia, dan kita juga sama sekali tidak boleh menyerahkan kuasa pengawalan kepada 'warga mesin', kerana ia adalah satu keputusan yang bodoh belaka.
"Teknologi menciptakan peluang pekerjaan baharu, dan juga menggantikan sesetengah yang ketinggalan zaman. Maka, seterusnya apa akan berlaku bergantung pada apa pilihan yang akan dibuat manusia.
"Menurut jangkaan saya, dalam kebanyakan kerja, komputer memang boleh memberikan bantuan, tetapi apa bantuan itu ditentukan oleh umat manusia.
"Anda pasti boleh memanfaatkan bantuan komputer, tak kira apa jenis kerja yang dilakukan. Saya menganggap ini amat berfaedah, cuma tidak setuju dengan dakwan yang menganggap AI hanya boleh membawa dampak negatif," kata Valiant.
- Guru Fizik Tarik Minat Pelajar Dengan Cara Tersendiri
- CIFTIS Sediakan Platform bagi Kerjasama Pendidikan antara Negara ASEAN dengan China
- Guru, Penyuluh Hidup Kanak-kanak di Gunung
- Selamat Kembali ke Sekolah, Para Pelajar!
- CAECW 2024 Buka Tirai, Tawar Lebih 70 Aktiviti
- China Azam Mahu Lahirkan Guru Berkualiti Tinggi, Perkuat Sektor Pendidikan
- Malaysia Komited Promosi Pendidikan Secara Lebih Efisien pada CAECW Tahun Depan
- Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Semakin Erat Berkat Program "Lambaian Seribu Sekolah"
- China, UNESCO Lanjutkan Program Biasiswa 'Tembok Besar'
- Martabatkan Kuliah Etika & Patriotisme dalam Kurikulum Sekolah - Xi