- Lain-lain
Warga Cina Malaysia Ubah Tanah Tandus di Ningxia Menjadi Sumber Pendapatan Hijau
Foto menunjukkan pangkalan penanaman spirulina yang dikendalikan oleh perusahaan dari Malaysia, terletak di kaki Pergunungan Helan di Wilayah Autonomi Hui Ningxia, barat laut China. |
Hampir sedekad yang lalu, warga Cina Malaysia, Teo Pei Shing iaitu pekerja di sebuah syarikat makanan Malaysia dan Lim Siow Jin yang merupakan pemilik syarikat itu teruja dengan pemandangan tanah masin-alkali tandus di kaki Gunung Helan, di Wilayah Autonomi Hui Ningxia.
Lawatan kedua-dua mereka ke situ sempena Ekspo Negara-negara China-Arab edisi kedua pada 2015 itu kini telah membawa kepada perubahan besar terhadap tanah masin-alkali yang dahulunya merupakan masalah utama dalam kalangan petani tempatan.
"Syarikat kami pakar dalam pengeluaran spirulina dan produknya yang diproses secara terperinci. Spirulina tumbuh subur dalam suhu tinggi dan kalis garam-alkali, menjadikan tanah alkali-masin persekitaran yang paling sesuai untuk pertumbuhannya. Suhu dan kelembapan di sini juga sesuai untuk satu lagi produk kami, cendawan surai singa," jelas Teo sambil menambah sekembalinya ke Malaysia, Lim mula bersiap sedia untuk membuka kilang di Ningxia.
Pada penghujung 2015, syarikat Lim melaburan sebanyak RMB400 juta (AS$56.31 juta) untuk mendaftar syarikat baharu di bandar Shizuishan, di hilir kawasan Pengairan Sungai Kuning, Ningxia, dengan Teo dilantik sebagai pengerusi, sekali gus memulakan perjalanannya ‘mengejar impian di barat’.
Terletak di pedalaman barat laut China, Ningxia mendapat manfaat daripada Sungai Kuning untuk pengairan yang mudah. Namun, berikutan keadaan yang kering dan hujan yang sedikit, rantau itu sentiasa dilanda pemasinan tanah.
Menurut maklumat, terdapat hampir 166,667 hektar tanah dengan tahap kemasinan yang pelbagai di Ningxia. Bagi petani tempatan, menambah baik dan memanfaatkan tanah masin-alkani telah menjadi isu yang mendesak.
Setibanya di Ningxia, Teo mendapat hak penggunaan tanah masin-alkali seluas 66.67 hektar daripada petani di perbandaran Xinghai, daerah Dawukou di bandar Shizuishan, dan membina lebih 200 rumah hijau dikawal suhu pintar untuk menanam spirulina.
Ketika diwawancara Chinanews.com, beliau berkata bahawa syarikatnya berjaya mencapai penanaman spirulina buatan secara besar-besaran, sekali gus menjadikan tanah masin-alkali kepada kawasan yang subur untuk pertumbuhan spirulina.
Hari ini, "lautan hijau" nan subur dengan spirulina ini membolehkan lebih 300 penduduk kampung bekerja berhampiran rumah masing-masing, menjadi "sumber pendapatan hijau" bagi penduduk kampung tempatan.
Syarikat itu juga membina kilang seluas 68,000 meter persegi untuk mengendalikan berbilang barisan pengeluaran pemprosesan yang mendalam setelah spirulina semakin matang.
Setakat ini, syarikat itu telah menjual produk seperti tablet spirulina, mi segera dan kopi cendawan surai singa ke 25 negara dan wilayah termasuk Australia, Bolivia, Hungary dan Filipina.
"Di Ningxia, kami telah berkembang daripada membangunkan pasaran eksport di negara-negara Jalur dan Lalulan kepada mencapai kehadiran global, sekali gus membuktikan bahawa pelaburan awal kami di Ningxia adalah pilihan yang tepat," kata Teo.
Tambahnya, syarikat beliau kini telah menubuhkan rantaian industri bersepadu merangkumi penyelidikan dan pembangunan biologi, penanaman, pemprosesan, pengeluaran dan penjualan.
Di samping nilai keluaran syarikatnya yang semakin meningkat, Teo juga menikmati kehidupan yang selesa sepanjang sembilan tahun bekerja dan tinggal di Ningxia.
Beliau berkata, kecekapan perkhidmatan awam yang sangat cekap serta makanan tempatan yang lazat, telah menyumbang kepada pengalamannya yang menyeronokkan di Ningxia.
Dalam prosesnya untuk mengubah tanah beralkali masin tempatan, beliau turut dikejutkan dengan penemuan sumber sumber yang pelbagai dan potensi yang besar di Ningxia.
Melihat kepada prospek cerah untuk jagung dan beras Ningxia yang ditanam secara meluas, buah beri goji yang terkenal dan epal gula tinggi dengan rasa yang unik, Teo telah mula meneroka laluan pembangunan bersepadu antara syarikatnya dan produk pertanian berciri di Ningxia sejak dua tahun lalu.
Pada Mei tahun ini, produk yang dibangunkan oleh syarikat Teo, seperti kopi hitam dengan cendawan surai singa, latte kelapa dengan cendawan surai singa, kopi spirulina, dan minuman berbuih dengan jus epal, telah dieksport secara rasmi ke Peru, secara tidak langsung meluaskan lagi ‘kenalan antarabangsa’ Ningxia.
Selain itu, Teo juga telah menubuhkan pusat pameran dan pengalaman produk bersepadu di kampung Longquan, yang dikenali sebagai ‘kampung pertama di kaki Pergunungan Helan’, yang bukan sahaja menarik pelancong untuk menikmati percutian, tetapi juga membolehkan mereka merasai persahabatan yang mendalam antara China dan Malaysia.
"Saya akan terus kekal di Ningxia, dan syarikat kami akan meningkatkan pelaburan di China. Saya berharap dapat menaiki kereta api berkelajuan tinggi Inisiatif Jalur dan Laluan untuk meluaskan jangkauan produk kami ke lebih banyak negara," kata Teo.
- Kurasi Pameran Dinosaur Ahli Paleontologi Malaysia Jadi Perhatian di Beijing
- Berbasikal dari Beijing ke Tianjin, Empat Pemuda Malaysia Tular di China
- Doktor Malaysia: TCM Buat Saya Jatuh Cinta pada China
- Pelajar Malaysia di Beijing Diraikan dalam Sambutan Aidilfitri
- Michelle Yeoh Menang Oscar, Lakar Sejarah