• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Shenzhen Aktif Wujudkan ‘Bandar Pengecasan Super’

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 28 Oktober 2024

    Foto menunjukkan stesen demonstrasi pengecasan super di kawasan perkhidmatan lebuh raya di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China. (Foto ihsan biro bekalan kuasa Shenzhen, China Southern Power Grid)

    Foto menunjukkan stesen demonstrasi pengecasan super di kawasan perkhidmatan lebuh raya di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China. (Foto ihsan biro bekalan kuasa Shenzhen, China Southern Power Grid)

    Mengecas kenderaan tenaga baharu (NEV) sekali untuk setiap dua minggu selama 20 minit di stesen pengecas super bagi jarak perjalanan sejauh 500 kilometer, seorang pemilik NEV dari Shenzhen di provinsi Guandong telah berkongsikan pengalamannya dalam penggunaan pengecas EV.

    Pemilik NEV yang baterinya berkapasiti 180 kilowat-jam itu, Yin berkata bahawa pengecasan super sangat menjimatkan masanya.

    Jenis pengecas boleh dibahagikan kepada tiga kategori mengikut kelajuan pengecasannya iaitu perlahan, cepat dan super. Bagi pengecas perlahan, ia menggunakan pengecasan arus ulang alik (AC), manakala pengecas pantas dan tinggi pula menggunakan teknologi pengecasan arus terus (DC) voltan tinggi, yang boleh mengalirkan jumlah kuasa yang lebih besar dengan kehilangan tenaga yang lebih rendah berbanding AC.

    Difahamkan, setiap peranti pengecas super di Shenzhen mempunyai kuasa tidak kurang daripada 480 kilowatt, yang boleh mengecas NEV pada kelajuan sehingga satu kilometer sesaat.

    Sehingga 18 Oktober, Shenzhen telah membina 671 stesen pengecas super untuk NEV, dengan bilangan stesen dan pengecas super, sekali gus melebihi jumlah stesen minyak dan muncung bahan api.

    Pada September 2023, bandar itu melancarkan pelan tindakan untuk membina kemudahan pengecasan tinggi NEV berkualiti tinggi dan pertukaran bateri dari 2023 hingga 2025, bertujuan untuk membina "bandar pengecasan" bertaraf dunia. Pelan itu telah memulakan penggunaan pesat stesen pengecasan super di seluruh bandar.

    Dengan kenderaan elektrik yang digunakan secara besar-besaran dalam bas bandar dan armada teksi, pemilikan NEV Shenzhen telah melebihi 1.16 juta, menyumbang lebih 25 peratus daripada jumlah pemilikan kenderaan bermotor.

    Ia secara tidak langsung bermaksud bahawa setiap 100 kenderaan yang dijual di bandar, 75 daripadanya adalah NEV.

    Bagi ramai pemilik NEV, pertambahan kemudahan pengecasan dengan output dan bateri berkapasiti tinggi di bahagian bandar telah membantu mengurangkan kegusaran.

    He Xuan, eksekutif di Syarikat Sunwoda EVB iaitu pengeluar bateri kuasa yang berpangkalan di Shenzhen berkata bahawa sistem kimia, reka bentuk struktur, dan strategi aplikasi bateri perlu ditambah baik bagi mengurangkan lagi tempoh pengecasan.

    Seorang pemilik kenderaan EV menggunakan peranti pengecasan super di sebuah stesen pengecas di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China. (Foto/Huang Zhiwei)

    Seorang pemilik kenderaan EV menggunakan peranti pengecasan super di sebuah stesen pengecas di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China. (Foto/Huang Zhiwei)

    Pada 2019, syarikat tersebut mula membangunkan teknologi pengecasan super yang selaras dengan permintaan pengguna dan pasaran. Sehingga kini, ia telah bekerjasama dengan pelbagai pembuat kereta China seperti XPeng, Geely, dan Li Auto.

    Jelas He, syarikat itu kini turut mengeluarkan bateri pengecasan pantasnya secara pengeluaran besar-besaran, yang membolehkan 80 peratus pengecasan semula dilakukan dalam tempoh hanya 10 minit.

    Menurut penggiat industri, teknologi pengecasan super masih berada pada fasa awal, dan kebanyakan model kenderaan di pasaran pula bergantung terhadap pilihan pengecas perlahan atau pantas sahaja berbanding super.

    Namun demikian, mereka percaya bahawa pengecasan super mewakili petunjuk masa depan bagi pembangunan industri tersebut.

    Selain daripada menambah pengecas dan stesennya, ‘bandar pengecasan super’ itu sedang berusaha untuk membangunkan sistem pasaran yang bersepadu dan terbuka, sekali gus menggalakkan persaingan teratur, serta susun atur kemudahan pengecasan yang tertumpu.

    Pelbagai langkah telah diambil di bandar ini termasuk memperluas senario aplikasi kemudahan pengecasan, memperincikan rancangan pembinaan, menetapkan piawaian, dan mempromosikan inovasi teknologi dalam usaha membina ekosistem perindustrian yang mantap.

    Dengan usaha berterusan untuk membina kemudahan pengecasan super yang mudah diakses dan mesra pengguna, secara tidak langsung merealisasikan impian mengecas semudah mengisi minyak di Shenzhen.

    Foto menunjukkan stesen pengecasan super di Shenzhen, provinsi Guandong, selatan China. (Foto daripada akaun WeChat rasmi Biro Pengangkutan Perbandaran Shenzhen)

    Foto menunjukkan stesen pengecasan super di Shenzhen, provinsi Guandong, selatan China. (Foto daripada akaun WeChat rasmi Biro Pengangkutan Perbandaran Shenzhen)

    Kini, lebih ramai penduduk yang menerima manfaat daripada ekosistem perindustrian. Sebagai contoh, menerusi satu klik pada aplikasi ‘i Shenzhen’ di dalam telefon pintar, seorang pemandu boleh mendapati lokasi stesen pengecas dengan mudah.

    Kemudahan ini dikaitkan dengan storan kuasa bersepadu dan rangkaian pengecasan Shenzhen yang dibina pada platform maklumat spatiotemporal bersatu dengan liputan seluruh bandar, automasi penuh dan pemodelan halus.

    Bandar ini telah menggabungkan sumber penstoran dan pengecasan kuasa yang dahulunya berselerak, seperti cerucuk pengecasan, stesen storan tenaga dan stesen janakuasa fotovolta, ke dalam rangkaian melalui teknologi berkembar digital yang boleh dikawal sepenuhnya.

    Ia telah membina kumpulan sumber berskala besar, mencapai pengurusan berasaskan sains, pintar dan disasarkan oleh sumber-sumber tersebut.

    Sebagai salah satu bandar terawal di China yang membangunkan industri tenaga baharu, Shenzhen telah mewujudkan rantaian perindustrian yang teguh dan lengkap, dengan 24,000 syarikat tenaga baharu dan tenaga digital saling berhubung rapat.

    Pengecas yang dihasilkan di Shenzhen menyumbang lebih daripada 50 peratus pasaran China, manakala modul pengecasan, komponen teras longgokan pengecasan, yang dikeluarkan di bandar itu mengatasi 70 peratus bahagian pasaran negara.

    Dengan tumpuan pada bidang utama seperti kawasan perkhidmatan lebuh raya, hab pengangkutan, taman, pusat beli-belah dan pasar raya, Shenzhen mencipta rangkaian pengecasan super yang menampilkan keseimbangan yang kukuh antara bekalan dan permintaan, kemudahan termaju serta teknologi terkemuka.

    Untuk rekod, ia menyasarkan untuk membina 1,000 stesen pengecas besar menjelang akhir tahun ini, dan membentuk "lingkaran perkhidmatan pengecasan 600 meter" untuk pemilik NEV.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>