- Lain-lain
AS, Pencipta Risiko Strategi Ancaman Nuklear Terbesar di Dunia
Amerika Syarikat (AS) menggembar-gemburkan dakwaan "ancaman nuklear China" pada tahun-tahun kebelakangan ini sebenarnya adalah untuk mencari alasan bagi menolak tanggungjawabnya dalam perlucutan senjata nuklear dan memperluas simpanan senjata nuklear demi matlamat dominan dari segi strategi. Ini merupakan fakta yang sudah terbukti.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian ketika mengulas ucapan Presiden AS, Joe Biden mengenai simpanan senjata nuklear China pada sidang media Rabu.
Mao menekankan, simpanan senjata nuklear China sama sekali tidak setara dengan AS. China menjunjung dasar "tidak menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu", mengekalkan pelaksanaan strategi nuklear untuk pertahanan negara yang bersifat defensif dan membela diri, sentiasa mengekalkan simpanan senjata nuklear pada tahap paling rendah yang hanya cukup bagi memenuhi keperluan menjaga keselamatan negara, dan tidak mahu menyasarkan perlumbaan senjata dengan sebarang negara.
Dalam pada itu, AS yang mempunyai senjata nuklear yang paling banyak dan canggih di dunia, degil mengekalkan dasar ancaman nuklear yang berdasarkan "boleh menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu", terus memperuntukkan dana untuk menaiktarafkan kekuatan nuklear, dan secara terang-terangan menggubal strategi ancaman nuklear untuk negara lain. Negara Uncle Sam barulah pencipta risiko strategi ancaman nuklear terbesar di dunia.
China menggesa AS mengambil tindakan tulen dalam memikul tanggungjawab keutamaan dan istimewa dalam pelucutan senjata nuklear, mengurangkan simpanan senjata nuklear dengan benar-benar, dan menghentikan gerak-geri yang negatif yang boleh menjadikan keamanan sejagat dan serantau terjejas.
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Pertumbuhan Ekonomi AS Merosot, Cecah 1.6 Peratus
- China Seru Gazetkan Zon Bebas Senjata Nuklear di Asia Barat
- China Bersedia Dorong Pelucutan Senjata Nuklear
- China Teguh Membela Sistem Kawalan Senjata Nuklear Antarabangsa
- Kebanyakan Serangan Siber dari AS
- AS, Korea Selatan Dikutuk Tempatkan Senjata Nuklear di Semenanjung
- Pakar AS Kecam Demokrasi Barat